berita

Video : Adakah Anda Seorang BOB? – Mat Luthfi

December 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-12-05 at 15.51.22

Mungkin ramai antara anda yang telah menyaksikan video terbaru daripada vlogger terkenal, Mat Luthfi bertajuk BOB.

Walaupun agak lewat, namun OHBULAN! tertarik untuk menulis tentang ini kerana sebenarnya masih ada lagi yang belum berkesempatan untuk menontonnya, apatah lagi untuk memahami maksud sebenar BOB.

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan daripada kita berpendapat BOB adalah nama tipikal yang diberikan kepada seseorang bertubuh besar.

Screen Shot 2013-12-05 at 15.30.29

Namun di dalam konteks ini, Mat Luthfi mendefinasikan BOB sebagai golongan yang sering Buat Orang Bersalah.

Dalam kehidupan seharian, adakalanya kita terlupa tentang adab dan perilaku yang sewajarnya ditunjukkan pada orang sekeliling walaupun niat sebenar hanyalah untuk membantu mereka berubah.

Dan menerusi video berdurasi 6:04 saat ini, Mat Luthfi berjaya memaparkan beberapa contoh yang biasa dilakukan oleh golongan pakar dalam BOB.

Screen Shot 2013-12-05 at 15.31.13

Seperti biasa, Mat Luthfi tidak pernah gagal untuk menyelitkan unsur-unsur jenaka di dalam setiap video berunsur nasihat yang dibuatnya.

Malah, anak muda ini turut muncul dengan beberapa perkataan baru yang sesuai dengan konsep BOB seperti Bobrothers, Bobglars, Double BOB dan sebagainya.

Idea ini secara tidak langsung berjaya membuatkan penonton menerima mesej yang cuba disampaikan oleh Mat Luthfi dengan santai dan bersahaja.

Jadi bagi yang masih tertanya-tanya bagaimana BOB boleh mempengaruhi kehidupan seseorang, jom tonton video di bawah ini. Oh ya, jangan lupa tanya diri sendiri, adakah anda juga seorang BOB?

SKIP THIS AD ×