berita

Video: Adik Anzalna Nasir Kecewakan Amar Asyraf?

October 18th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-10-18 at 11.36.28

Umum tahu bahawa pelakon drama, Amar Asyraf baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya pada bulan Jun yang lepas.

Jadi, apa pula kaitan Amar dengan adik Anzalna yang bernama Afifah Nasir? Adakah mereka pernah bercinta atau sedang bercinta?

Untuk pengetahuan anda, Amar dan Afifah telah digandingkan bersama dalam sebuah muzik video untuk single terbaru MOJO.

Screen Shot 2013-10-18 at 11.31.35

Di dalam MV berjudul Romancinta tersebut, Amar bertindak sebagai penyelamat apabila dia telah menghalang Afifah dari terus dipukul oleh teman lelakinya.

Sejak dari itu, mereka berdua mula menjalin cinta hinggalah Afifah membuat keputusan untuk kembali kepada bekas teman lelakinya dan mengecewakan Amar.

Lakonan empat minit antara Amar dan Afifah untuk MV tersebut sedikit sebanyak berjaya menyampaikan mesej yang terselindung di sebalik lirik lagu Romancinta.

Screen Shot 2013-10-18 at 11.35.21

Bagi yang tidak tahu, Romancinta merupakan hasil ciptaan penuh Edry Abdul Halim selaku penulis lirik dan penggubah lagu.

Kalau anda nak tahu apakah yang cuba disampaikan oleh MOJO dalam single terbaru mereka ini, jom tonton video di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×