Pelakon Meerqeen meluahkan rasa bangga dan gembira apabila adik lelakinya berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, hari ini.
Artikel Berkaitan: Adik Ubai MZ Peroleh ‘Straight A’ SPM 2023, Hadiah Buat Arwah Ibu – ‘Hajat & Impian Mak Tercapai’
Dapat 9A
Menurut Meerqeen, adiknya Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor.
Tambah pelakon ‘Melur Untuk Firdaus’ itu, adiknya mendapat keputusan A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam dan Fizik. Manakala, Kimia pula dia mendapat keputusan B+.
Momen gembira itu turut dikongsikan oleh ibu Meerqeen di akaun Instagramnya. Menurut ibu Meerqeen, dia yang mendaftarkan Shafeeq untuk bersekolah di situ. Ujar ibu Meerqeen lagi, sekolah tersebut telah memberi impak yang sangat besar buat dirinya sebagai salah seorang bekas pelajar.
Moment to 9As and 1B+. Debor yer. Mama dari pukul 4.30 pagi dah bangun. Risau! Alhamdullillah Allah beri reward atas setiap action kita. This is only a result, but the hardwork yang mama really appreciate. Bukan senang untuk sampai ke sini ya capik.
SMTJB bukan sekolah yang dia pilih pun. Semua mama yang apply untuk dia masuk sekolah ni. Kenapa? Sebab ni sekolah mama. Sekolah ini bagi impact besar dalam hidup mama. Disebabkan @feeqqeen ni anak yang baik dia ikut je walaupun dia sangat kecewa sebab terpaksa korbankan rugby dia.
Selepas dua tahun, Shafeeq faham kenapa mama cakap sekolah ni bagi impact besar dalam hidup mama. Hari ni Apik hadiahkan mama ayah keputusan yang sangat cemerlang. Tahniah anak sayang mama. Jadikan kejayaan hari ini untuk langkah yang lebih baik. Semoga hidup anak mama ni sentiasa diberikan kebahagian, rahmat dan dilindungi.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram