Penyanyi, Adira Suhaimi akhirnya sah bercerai talak satu dengan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpisah – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’
Artikel Berkaitan: Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red
Talak satu
Lafaz cerai itu dilakukan oleh suami Adira, Datuk Red di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.
Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.
@ohbulanofficial Replying to @• ?? ?? JJ • Kita doakan yang baik-baik buat Datuk Red. Semoga dimurahkan rezeki selalu ?? #ohbulan #sembangentertaintment #adirasubaimi #datukred #cerai #talak #satu ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.