berita

Video : Affan Aizat Cover Lagu M. Nasir, “Musafir Di Aidilfitri”

July 31st, 2012 | by Ai
Video Popular

Agak-agaknya sudah hampir setahun semenjak OHBULAN! giat menulis mengenai karya-karya kreatif dari Affan Aizat. Pasti anda masih ingat kepada Affan Aizat bukan? Dia pernah menghasilkan cover instrumental untuk lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah.

Namun kali ini, sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, OHBULAN! ingin persembahkan anda dengan karya instrumental oleh Affan Aizat yang berjudul “Musafir Di Aidilfitri. Lagu asal M.Nasir ini telah diubahsuai oleh Affan dan dia hanya menggunakan keyboard serta flute untuk menghasilkan kembali lagu yang OHBULAN! pasti, ramai yang hafal liriknya kan?

Untuk pengetahuan, cover ini telah dihasilkan sendiri oleh Affan hampir setahun yang lalu. Bagi OHBULAN!, masa tidak pernah menjadi masalah, yang penting sejauh manakah tahap kita menilai sesebuah karya itu.

Jadi, marilah kita ambil sedikit ‘mood’ untuk raya. Moganya, kita sedar dan jangan lupa untuk balik kampung melawat keluarga bila raya menjelang nanti ya.

SKIP THIS AD ×