Penyanyi, Bella Astillah kelihatan gagal melawan kesedihan ketika mendendangkan lagu ‘Terlalu Istimewa’ nyanyian asal Allahyarhamah Adibah Noor ketika beraksi di pentas Famili Duo bersama Wani Kayrie, semalam.
Artikel berkaitan: Bawa Tema Retro Untuk Persembahan, Wani Kayrie ‘Geli Hati’ Netizen Cakap Wajah Sama Macam Bedak Nyonya Senget
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Didakwa Tak Sokong Isteri Dalam Famili Duo, Bella Astillah Enggan Komen – ‘Saya Sibuk & Tak Fikir Apa’
Auto menangis
View this post on Instagram
Kenapa kalau nyanyi lagu ni kan auto menangis. Sedih terlampau pula lagu ni kan. Macam mana lah mau menyanyi. Last Bella jumpa arwah kak Dib masa dekat GV.
Sebelum ini, Bella berkongsi video latihan ketika menyanyikan lagu tersebut bersama guru vokal, Cikgu Shafi. Ujar Bella, lagu tersebut boleh membuatkan dirinya menangis secara tiba-tiba. Berbicara mengenai konsep persembahan semalam, Bella berkata perasaan cinta tersebut bukan sekadar buat pasangan tapi untuk anak-anak juga. Oleh itu, dia dan Wany membawa sekumpulan kanak-kanak ketika persembahan mereka. Lebih mencuri tumpuan, Bella turut membawa anaknya Ayden.
Setakat minggu keempat, pasangan ini berada di kedudukan yang kelima. Mereka berjaya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 196.1.