Entah apa yang bermain di fikiran seorang lelaki apabila dikatakan cuba mengambil ‘kesempatan’ terhadap jemaah wanita ketika menunaikan solat di masjid. Bagaimanapun tindakan luar kawalan lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh seorang gadis dikenali sebagai Zuhaila Zainal dan dikongsi semula di laman TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puasa Sah Tak Kalau Tak Sempat Mandi Wajib? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Puasa Terbatal Jika Berbuka Lebih Awal Sebab Kesilapan Azan Di Radio
Artikel Berkaitan: Azan Berkumandang 4 Minit Lebih Awal, Penyampai Radio Mohon Maaf
Tindakan berani seorang lelaki
Menerusi video pendek dikongsi memaparkan seorang jemaah lelaki yang berada di masjid meletakkan tangan pada langsir pemisah ruangan solat lelaki dan perempuan. Namun secara tiba-tiba, tangan lelaki tersebut bergerak dan dipercayai cuba meraba sesuatu.
Di mana-mana pun kita berada. Berhati-hatilah para wanita
Ujar pemilik video ini, insiden tersebut merupakan kali pertama yang terjadi kepadanya dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dikatakan mengambil kesempatan walaupun sedang berada di tempat beribadat.
Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana dan bila.
By the way, dari kecil pergi masjid ini tak ada pun spesis macam ini. First time muncul.
Video penuh:
@zuhailazainal dimana mana pun kita berada , berhati2 lah para wanita #fyp? ? original sound – mrsintrovert – ex?introvert
@zuhailazainal Reply to @moshimoshi732 btw dari kecik pergi masjid ni, takda pun spesis macamni .. first time muncul ja ni. #fyp? ? original sound – ex?introvert
Respon netizen
Sumber: Zuhaila Zainal