berita

Video: Aksi Mengejut Gary Cium Jihyo!

September 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-09-18 at 12.17.53

Melalui episod terbaru Running Man yang disiarkan pada 15 September yang lepas, Gary telah membuat kejutan istimewa apabila dia dilihat mencium Ji Hyo secara spontan.

Episod yang menampilkan artis jemputan seperti G-Dragon, Seungri dan Daesung mempunyai misi istimewa iaitu “Menyelamatkan Puteri Ji Hyo”.

Pada mulanya, Ji Hyo muncul sebagai puteri dan kelihatan cantik memakai gaun perkahwinan berwarna putih.

Demi memenangi hati Ji Hyo, tiga kumpulan perlu menari dan merebut peluang untuk bersia-siar bersama Ji Hyo menaiki kereta mewah.

Screen Shot 2013-09-18 at 12.19.02

Screen Shot 2013-09-18 at 12.23.15

Gary yang berpasukan dengan G-Dragon kemudiannya menari dan secara tiba-tiba mencium pipi kanan Ji Hyo.

Aksi mengejut itu berjaya membuatkan rakan-rakan Running Man seperti Jong Kook, Kwang Soo dan yang lain terkedu namun bersorak gembira.

Disebabkan tindakan Gary itu juga, dia dan G-Dragon telah berjaya memenangi hati Ji Hyo dan melayakkan mereka untuk menaiki kereta mewah tersebut.

Adakah Gary dan Ji Hyo akan terus berpasangan walaupun di luar rancangan Running Man? Apa yang pasti penonton ternyata senang dengan adegan itu kerana telah lama menantikan saat romantik Gary dan Ji Hyo menjadi kenyataan.

Apapun, jom tengok dulu video rakaman adegan mengejut tersebut di bawah. Selamat menonton!

http://www.youtube.com/watch?v=s_Y1voB0B8E

SKIP THIS AD ×