Di Pulau Pinang, seorang lelaki dan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Kepala Batas, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian kenderaan tersebut dinaiki tiga beranak.
Isteri berjaya selamatkan diri
Menurut Noorzainy, mangsa yang rentung dikenali sebagai Yeap Boon Kwan, 23, dan anak perempuannya Yeap Jing Xuan, 3 tahun.
Manakala seorang lagi penumpang iaitu isteri mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar dan dia hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dinaiki tiga beranak sebelum terbabas dan terbakar.
Dua mangsa iaitu seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun didapati rentung di dalam kenderaan itu, manakala isteri lelaki terbabit berjaya menyelamatkan diri.
Kereta terbabas
Tambah Noorzainy, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa itu dalam perjalanan dari Sungai Dua, Butterworth menghala ke Sungai Petani, Kedah.
Bagaimanapun pemandunya hilang kawalan lalu menyebabkan kereta tersebut terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang jalan lalu terbakar.
Mayat dua beranak mangsa kemalangan itu dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.
Video cuba selamatkan mangsa undang simpati
Bapa dan anak tiga tahun rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, 10 pagi ini. pic.twitter.com/nNZICe9YTG
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 31, 2020
Sementara itu di Twitter, satu video memaparkan orang awam yang cuba membantu memadamkan api dalam kemalangan itu tular dan mendapat simpati netizen.
Video pendek berdurasi 0:08 saat itu menyaksikan detik cemas beberapa individu bertindak memadamkan api menggunakan pemadam api bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Netizen bersyukur
Sumber: Harian Metro, Bernama, Twitter redzuanNewsMPB