Sudah menjadi kelaziman, kita sememangnya perlu hidup bermasyarakat dan tidak boleh sekadar menjadi ‘kera sumbang’ di sesuatu kawasan yang kita tinggal. Memiliki jiran yang baik adalah bonus. Mereka ini berperanan penting untuk membantu kita di saat dalam kesusahan, bahkan juga mampu menjadi penyeri dalam kehidupan seharian kita.
Bagaimanapun, baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seorang individu ini bertindak di luar batasan terhadap jirannya sehingga mengundang rasa ‘bingung’ dan geram dalam kalangan netizen.
Dapat jiran yang baik adalah rezeki
Rezeki tak semetinya datang dalam bentuk duit. Dapat jiran yang baik juga adalah rezeki dari Tuhan. Bersyukurlah. pic.twitter.com/rTinm7rsdV
— MyWatch (@My_CrimeWatch) November 26, 2019
Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Twitter MyWatch ini, kelihatan seorang wanita yang begitu ‘sibuk’ melakukan perbuatan kurang sopan terhadap jiran di sebelah rumahnya.
Video berdurasi 0:37 saat itu menunjukkan wanita tersebut membaling pelbagai barangan yang besar melepasi pagar jirannya sebanyak beberapa kali.
Tindakan wanita itu telah berjaya dirakam seorang individu dari jauh. Bagaimanapun sepanjang video tersebut, tidak kelihatan pula pemilik rumah berkenaan keluar daripada rumah.
Respon netizen
Video itu telah mendapat perhatian ramai netizen. Sejak dikongsikan, ia sudah meraih hampir 9k rt dan lebih 4k tanda suka.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang puas hati terhadap perbuatan wanita itu, malah mereka juga turut menceritakan pengalaman yang pernah dilalui mereka.
Sumber: Twitter MyWatch