Umum mengetahui, pelakon, Hairul Azreen, 35, mengalami kecederaan yang serius di bahagian ligamen krusiat anterior (ACL) lutut kirinya ketika menjalani penggambaran filem arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster.
Artikel berkaitan: Lutut Kiri Cedera Teruk Ketika Penggambaran, Hairul Azreen Minta Maaf – ‘Dah Sampai Masa Untuk Rehat’
Terbaru, bapa kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu dia memerlukan sokongan moral untuk kekal bersemangat pada waktu ini.
Aku tak boleh dikalahkan
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Hairul meluahkan sebuah coretan mengenai insiden yang pernah dihadapinya.
Saya cuma perlukan sokongan moral #TheBestNeverRest. Bagi aku masa 1 hari, aku akan fikir apa yang patut aku buat.
Buat latihan yang orang lain tak mampu buat. Bagi aku masa 1 minggu, aku kuatkan apa yang akum ahu segala yang lemah aku ubah jadi peluru. Bagi aku masa 3 bulan, aku buktikan aku jadi pahlawan. 6 bulan! Aku tak boleh dikalahkan.
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan kesembuhan buat Hairul. Malah, ramai yang berbangga dengan pengorbanannya dalam menjayakan sesebuah watak dan memintanya untuk tidak berputus asa.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Hairul Azreen