berita

[VIDEO] Alahai, Apalah Nasib Filem Mahaguru Bila Teaser Pun Dah Macam Ni…

October 11th, 2018 | by faris
Kini Trending

Trailer atau teaser merupakan salah satu elemen penting untuk memastikan penonton filem rasa terpanggil untuk pergi ke panggung. Ianya cara promosi terawal dan memberi gambaran bagaimana kualiti dan jalan cerita sesuatu filem sebelum penonton benar-benar dapat menontonnya di panggung.

Tapi kalau macam teaser filem Mahaguru yang akan ditayangkan mulai 15 November ini, korang fikir sendirilah mahu pergi tengok ke tidak..

Scene slow-mo peluru paling win!

Video berdurasi 43 saat itu menggambarkan Mahaguru sebagai sebuah filem berunsurkan seni mempertahankan diri Nusantara iaitu silat. Berlatar masa waktu sekarang, turut dipaparkan ‘kehebatan’ suntingan imej janaan komputer (CGI) berupa peluru yang ‘mengejar’ penjenayah dalam satu babak.

Turut diperkatakan netizen adalah kualiti video yang seolah diambil menggunakan telefon bimbit. Ada yang meninggalkan komen malahan telefon pintar sekarang pun boleh merakam kualiti yang jauh lebih baik berbanding video trailer ini.

Filem zaman perang Jepun ke

Ingatkan 3gp

Sumber: Filemkita

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×