![[VIDEO] Aleeya Zailan Bayar Gaji Pekerja Di Rumah Lebih RM40k Sebulan? – ‘Tak Cukup’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/aleeya-zailan-09.jpg)
Usahawan Aleeya Zailan mendedahkan dia perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk pembayaran gaji para pekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Nasihat Anak Cari Suami Rajin Berbanding Berharta – ‘Nanti Awak Berdua Boleh Kaya Bersama’
Artikel Berkaitan: Anak Aleeya Zailan Beli Barang Jualan Budak Darjah 4
Bayaran gaji
Menerusi klip video di TikTok, Aleeya memberitahu sebagai majikan dia perlu mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar gaji kesemua staf yang bekerja di rumahnya.
Saya tak pernah nak berlagak dan bukan riak.
Saya cuma nak beritahu gaji sebulan untuk pembantu, pengawal keselamatan, pemandu dan tukang kebun..pekerja yang hanya ada di rumah sahaja tidak termasuk staf di pejabat.
RM30k sebulan? Tidak. RM40k? Tak cukup.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan ibu kepada tiga orang anak itu sebagai majikan yang bertanggungjawab dan banyak berkongsi rezeki dengan para pekerjanya.
Dalam nada berseloroh, warganet juga menyatakan hasrat kepada Aleeya untuk menjadi pekerjanya.
Jangan tanya kenapa Allah murahkan rezeki mereka dan hidup bahagia.
Mungkin enam digit gaji mereka, moga Aleeya dimurahkan rezeki selalu.
Walaupun jumlah gaji sangat tinggi, tapi Alhamdulillah ramai orang dapat kerja dan menyara keluarga masing-masing.
Macam mana nak apply kerja dengan Aleeya, saya dah biasa tolong mak dekat dapur.
Ada kerja kosong tak? Saya nak kerja.
Sumbe: TikTok








