Masih hangat diperkatakan ketika ini adalah isu perkahwinan kedua personaliti media sosial, Alif Teega yang dikongsikan sejak semalam.
Terbaharu, warganet dilihat membongkar semula komen dan respon antara Alif dengan seorang wanita didakwa isteri keduanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perli Alif Teega Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-6 Buat Aisyah Tapi Kahwin Lain – ‘Rare! Hadiah Ulang Tahun Bagi Madu..Teganya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Menyorok Dalam Almari Ulas Isu Alif Teega, Kantoi Dengan Isteri Siap Kena Pulas Telinga -‘Galak Awak Ni!’
Netizen kantoikan Alif
Menerusi video dimuat naik di TikTok sebelum ini, Alif dilihat mendedahkan komen seorang wanita iaitu salah seorang pembeli buku keluarannya.
Wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah memuji buku berkenaan yang dikatakan murah tetapi sangat berkualiti.
Dah beli buku Abang Alif, murah! Tapi kualiti T20. Ayat ‘healing’ semua layan habis. Premium weh!
Alif kemudian membalas komen itu dengan menyatakan bahawa dia mahu memenuhi kepuasan pelanggan walaupun perlu mengeluarkan kos lebih.
Alif memang tak suka jual benda mahal walaupun saya kena keluar duit sikit tapi saya suka kalau korang dapat barang tu dengan harga murah.
Ke korang nak murah lagi?
Korang tengok la kulit, bila korang sentuh je dekat perkataan korang akan rasa dekat jari korang. Tengoklah tebal dia macam mana, kertas saya pakai ‘bulky paper’ tau memang mahal.
Bagaimanapun, video yang dikongsikan pada bulan Julai lalu telah kembali meraih perhatian warganet apabila mereka melihat nama akaun tersebut terpapar nama Fatin Umaidah iaitu wanita yang didakwa isteri kedua Alif.
Ohh mula dari sini ke?
Tak cukup ‘healing’, dirembatnya penulis tu sekali.
Yang pertama kantoi, ini la Fatin Umaidah tu. Yang kedua kantoi, suruh staf komen. Marketing punya hal.
Namun tinjaun OhBulan! mendapati akaun tersebut telah ditukar kepada mode privasi dan nama akaun juga telah diubah.
Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.
@alifteega Replying to @Fatin Umaidah Alif memang tak suka jual mahal. Ke korang nak murah lagi ?
Sumber: TikTok Alif Teega