Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi meluahkan rasa kecewa selepas lagu raya kepunyaannya yang sepatutnya keluar pada tahun ini didakwa telah diberikan kepada artis ‘sendu’ yang tidak didedahkan namanya.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kesal Tiada Lagu Raya Tahun Ini, Dakwa Komposer ‘Buat Hal’ – ‘Anda Akan Murung Tanpa Lagu Raya Saya’
‘Tolong pulangkan duit saya’
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman ini dilihat menitiskan air mata kekecewaan selepas mendapat tahu bahawa komposer tersebut juga telah siap menghasilkan muzik video bersama penyanyi berkenaan.
Aku reda, boleh pula dia rakam lagu itu dan siap buat muzik video? Apa ini?
Tak sangka dalam dunia ini, kita buat baik dengan orang tapi orang buat jahat dengat kita.
Bukan setakat orang je kena sondol, lagu saya pun kena sondol tau dengan artis sendu.
Dalam pada itu, bapa kepada lima orang anak ini menjelaskan bahawa luahan perasaan yang dilakukannya bukanlah satu gimik atau ‘marketing’ untuk mempromosikan lagu tersebut.
Tambah Aliff, dia juga sudah berhabis wang sebanyak RM15,000 kepada komposer berkenaan untuk menghasilkan lagu raya tersebut.
Susulan itu, dia meminta agar wangnya itu dikembalikan komposer berkenaan.
Saya bayar RM15,000 tapi dia boleh beri kepada artis lain.
Saya tak hadap pun dengan lagu ciptaan awak, banyak lagi orang lain yang boleh tolong buatkan.
Tetapi, tolong pulangkan duit saya balik.
Di akhir hantarannya, Aliff sekali lagi memohon maaf kepada netizen kerana tidak dapat mengeluarkan lagu raya seperti kebiasaan memandangkan sudah kesuntukan masa.
Terdahulu, Aliff tampil memaklumkan bahawa dia tidak dapat mengeluarkan lagu raya kerana komposer yang dibayarnya telah memberikan lagu tersebut kepada penyanyi lain.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Aliff Syukri