berita

[VIDEO] Aliff Syukri Kena Serang Dengan Netizen – ‘Kau Dah Bercerai Ke?’

November 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

alif syukri teega

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri antara individu yang turut terkena tempias berhubung kontroversi pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Menyorok Dalam Almari Ulas Isu Alif Teega, Kantoi Dengan Isteri Siap Kena Pulas Telinga -‘Galak Awak Ni!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bibik Tudung Kena Rasuk, Meracau Dalam Bahasa Thailand Cakap Nak Jumpa Aliff Syukri! Netizen Tanya – ‘Siapa Yang Hantar?’

Bukan Alif Teega tapi Aliff Syukri

alif syukri teega

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, salah seorang pengikut usahawan tersebut telah mengajukan soalan tentang status perhubungan antara Alif Teega dengan isteri pertamanya Aisyah Hijanah.

Alif Syukri kau dah bercerai dengan Aisyah Hijanah ke?

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman kemudian tampil menjelaskan bahawa dia bukan Alif Teega dan sama sekali tidak mengetahui tentang isu rumah tangga pempengaruh berkenaan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Bukan saya, itu Alif Teega saya pun tak kenal. Bukan aku salah orang ni.

Cuba beritahu apa punca perceraian mereka? Saya betul-betul nak tahu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat usahawan berusia 34 tahun itu selain memuji dirinya yang setia dan tidak pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga.

Aliff Syukri walaupun macam ini, dia tak pernah duakan isteri dia.

Alif ni sayang anak bini walaupun kadang-kadang loqlaq.

Alif ni banyak je kontroversi tapi dia masih setia dengan yang satu, mantap.

Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.

@abangterlajaklaris

Replying to @danial

? Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Sumber: TikTok Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×