berita

[VIDEO] Bibik Tudung Kena Rasuk, Meracau Dalam Bahasa Thailand Cakap Nak Jumpa Aliff Syukri! Netizen Tanya – ‘Siapa Yang Hantar?’

November 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aliff Syukri

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bibik Tudung telah diganggu dan dirasuk makhluk halus.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mahkamah Tak Bongok Lah Nak Bagi Orang RM100 Juta!’ – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Aliff Syukri Melampau Tarik Rambut Azwan Ali Atas Pentas – ‘Kalau Betul-Betul This Is Too Much, Diva AA Dah Berusia’

Bibik Tudung dirasuk

Aliff Syukri

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pembantu rumah tersebut dilihat sedang terbaring di atas lantai dengan keadaan badannya kelihatan kaku sambil meracau dalam bahasa Thailand.

Sementara itu, isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Shahida dilihat sedang menenangkan pembantu rumahnya itu sambil membaca beberapa ayat suci al-Quran.

Shahida turut memberikan air campuran garam sebagai salah satu bentuk ikhtiar selain menampar pipi Bibik Tudung beberapa kali.

Menerusi ruang kapsyen, Aliff berkata kejadian sedemikian pertama kali berlaku sepanjang tempoh 11 tahun Bibik Tudung bekerja dengannya.

Doakan bibik saya selamat. Selama lebih 11 tahun dia bekerja dengan saya tak pernah kena macam ini.

Kami satu keluarga semalam tidak dapat tidur sebenarnya kerana bibik dirasuk hantu.

Pada video sama, Shahida bertanyakan kepada ‘makhluk’ itu apakah tujuannya masuk ke dalam tubuh Bibik Tudung sebelum dijawab dia mahu mencari individu bernama ‘Datuk’ yang merujuk kepada Aliff.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa risau dengan kejadian tersebut.

Malah, ada segelintir netizen yang bertanyakan siapakah individu yang ‘mengirim’ makhluk itu.

Video

@abangterlajaklarisdoakan.. bibik sy selamat.. Selama lebih daripada 11 tahun dia bekerja dengan saya tak pernah kena macam ni kami sekeluarga semalam tidak boleh tidur sebenarnya kerana babik kesayangan kami di Rasuk hantu? Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×