berita

[VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Baru Terbuka Hati Selepas 15 Tahun – ‘Dengan Kerelaan Diri Sendiri Tanpa Paksaan’

June 22nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Kemalangan, Kereta Mercedes Remuk -‘Saya Terhentak, Kepala Sakit’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Serik Bergelek, Netizen Tanya Dah Tak Takut Mati Ke? – ‘Haritu Macam Menyesal ..’

Artikel Berkaitan: Payung Diri Sendiri Bukan Isteri & Anak, Netizen Terhibur Dengan Jawapan Jujur Aliff Syukri – ‘Saya Panaslah Awak’

Bersama anak sulung

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Aliff memuat naik video bersama anak perempuannya Raudah yang dilihat menangis teresak-esak kerana tidak ingin berjauhan daripada ayahnya.

Aliff, 36, memaklumkan bahawa Raudah merupakan anak yang paling rapat dengannya.

Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan Qadejah. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah.

Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji.

Banyak-banyak anak saya, Raudah paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana rindunya dengan anak dara kecil saya.

Difahamkan, Aliff bersama anak sulung lelakinya, Ammar Ahyan pergi menunaikan haji.

Dalam pada itu, Aliff berharap agar Allah SWT melindungi anak-anaknya dengan baik semasa pemergiannya ke Tanah Suci Makkah.

Sebak tengok Raudah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat gelagat si kecil Aliff yang enggan melepaskan pelukan daripada abahnya. Selain itu, terdapat juga komen yang mendoakan semoga Aliff mendapat haji yang mabrur.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

SKIP THIS AD ×