Tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian netizen yang seakan tidak menghiraukan keadaan isterinya yang sedang menggendong bayi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berpantang’ Cara Shahida, Paling Penting Jaga Pemakanan Harian – ‘Bukan Setakat 40 Hari’
Artikel Berkaitan: Takut Akan Kematian, Aliff Syukri Dekatkan Diri Dengan Allah -‘Saya Kerap Berjemaah & Baca Al-Quran’
Artikel Berkaitan: Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Mohon Maaf & Serah Semula Takhta Penyanyi No.1 Pada Siti Nurhaliza
Payung diri sendiri
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Aliff kelihatan bersahaja menjawab persoalan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya yang tidak memayungi isterinya yang mendukung bayi dalam keadaan cuaca panas.
Sebab saya panas lah awak.
Dalam video tersebut, Aliff dilihat segak berpakaian baju Melayu berwarna biru gelap sambil mengiringi isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan anaknya Luqman Al-Hakim.
Difahamkan, majlis tersebut merupakan majlis kesyukuran dan aqiqah serta rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya.
Kelakar la Datuk Aliff!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan ringkas yang diberi oleh Datuk Aliff. Selain itu, terdapat juga segelintir komen dalam kalangan netizen yang menasihatinya untuk menjadi suami yang menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris