Seorang lelaki berdepan detik hitam ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan apabila secara tiba-tiba keretanya dilanggar kenderaan lain yang datang dari arah belakang. Kejadian berlaku begitu pantas dalam keadaan jalan lengang tiada kenderaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan. Lebih mengejutkan, pemandu kereta yang melanggarnya itu didakwa memandu dalam keadaan mabuk.
Pemandu mabuk langgar belakang
https://www.facebook.com/anismohdroduan/videos/10207066377173330/
Rakaman dashcam dari kereta mangsa dikongsi oleh isterinya, Anis Roduan menerusi Facebook. Keadaan jalan raya ketika itu tiada sebarang kereta di hadapannya. Namun secara tiba-tiba keretanya dilanggar dari belakang. Melalui rakaman tersebut, kereta mangsa dipercayai berpusing beberapa kali selepas dilanggar.
Syukur tidak meragut nyawa
Menurut Anis, suaminya dalam perjalanan bekerja dari Shah Alam ke Bangsar pada jam 11.08 malam. Oleh sebab dilanggar kuat dari belakang, keretanya mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa diisytihar total lost. Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Tambahnya lagi, seharusnya tiada siapa yang dibenarkan keluar dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apatah lagi keluar dan memandu dalam keadaan mabuk.
Sumber: Anis Roduan