berita

[VIDEO] ‘Allahuakbar, Allahuakbar…’ – Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Langgar Penunggang Basikal Pula

September 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang penunggang basikal apabila bergesel dengan sebuah kereta yang memandu secara berbahaya. Kereta tersebut dipandu secara terhuyung hayang sebelum bergesel dengan mangsa.

Bergesel dengan penunggang basikal

Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, sebuah kereta jenis sedan itu dilihat membawa kereta secara berbahaya dengan secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan tanpa memberi sebarang signal sebelum bergesel dengan seorang penunggang basikal di lorong kiri. Kejadian ini berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang.

Penunggang basikal tersebut, mengalami luka-luka kecil kini berada di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sebelum hilang kawalan.

Minta tindakan tegas diambil

Rata-rata netizen berpendapat tindakan yang tegas harus dikenakan pemandu mabuk untuk memberi kesedaran kepada mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×