Seorang selebriti lelaki bujang bakal berdepan tindakan undang-undang kerana mengambil anak angkat perempuan di bawah jagaannya.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Anak Angkat Sedih, Bapa Tunggal Sanggup Pakai Rambut Palsu & Gaun Sempena Hari Ibu
Salah di sisi undang-undang
Gambar sekadar hiasan
Perkara tersebut dibincangkan ketika satu sesi temu bual diadakan Kool 101 bersama Pengasas dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya Ali.
Menurut Siti Nursuraya, dia mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan sudah beberapa kali membuat laporan berhubung isu berkenaan.
Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana ada saya melihat selebriti lelaki bujang mengambil anak angkat perempuan di mana benda itu adalah tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang di Malaysia atas faktor keselamatan.
Jadi macam mana budak itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?
Adakah pihak JKM atau pihak JPN terlepas pandang? Atau pun selebriti ni dia ambil anak angkat orang lain yang mana anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain tetapi si selebriti bujang ini mengaku itu anak dia?
Dalam pada itu, Siti Nursuraya juga mendedahkan bahawa ada juga selebriti yang mengambil anak angkat ini sebagai tiket untuk mereka meraih populariti.
Ada juga kes yang mana anak angkat mereka itu diambil semula oleh JKM walaupun individu tersebut sudah berkahwin. Mereka ambil anak angkat dan gunakan anak itu untuk raih populariti di media sosial.
Kami buat laporan dan memang terbukti.
Ada juga video individu yang popular di media sosial menunjukkan budak itu dicubit, diketuk, dicucuk untuk memastikan budak tersebut menangis bagi meraih simpati.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah gerangan selebriti lelaki yang mengambil anak angkat perempuan tersebut.
Mereka juga dilihat mempertikaikan proses pengambilan anak angkat selepas golongan selebriti dilihat begitu mudah untuk mendapatkan anak angkat.
Video
@kool101my? original sound – Kool 101
Sumber: TikTok