Gara-gara memuat naik video mencuci kedai seorang diri, terdapat seorang warganet yang salah sangka terhadap pelakon Shakilla Khoriri.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Ajak Individu Disebalik ‘Fake Account’ Bersemuka, Penat Dilabel Penyondol
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak – ‘Saya Akan Buat Apa Sahaja Untuk Ameena’
Respon Shakilla
@shakillakhoriri_2 Replying to @Azza Assalamualaikum Kak! Happy Friday ?
Tidak berdiam diri, Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri tampil memberi penjelasan tentang komen individu tersebut.
Amboi, tangan tu nak kena kerat. Suka-suka je nak menaip. Awak ni kan macamlah tahu kehidupan saya.
‘Sama macam dulu’ tu awak maksudkan siapa? DJ radio tu kan?
Menurut aktres berusia 34 tahun ini, dia lebih gemar melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut dengan tenaga sendiri.
Dalam masa yang sama, Shakilla menjelaskan bahawa dia adalah seorang wanita yang berdikari dan memilih untuk tidak menyusahkan suami.
Nak bagitahulah, takut orang cakap suami baru saya ini tak membantu. Jangan salah faham dengan posting orang.
Kalau awak atau sesiapa yang kenal saya, saya memang manusia yang suka buat kerja-kerja tu sendiri.
Saya bukan manusia atau isteri yang suka merengek, minta bantuan suami macam nak mati dah kalau tak buat semua tu. Jadi saya post.
Kejap lagi kalau saya post gambar suami, ada pula yang cakap saya ni nak melawan lawan. Janganlah macam tu, kita kan ada anak-anak. Behave okay.
Sekadar info, Shakilla mendirikan rumah tangga bersama Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam pada 24 Februari lalu.
Sebelum itu, aktres tersebut berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun berpisah pada Disember 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seoarang anak perempuan iaitu Ameena Sofia,5.
Sumber: TikTok Shakilla Khoriri