Pelakon baharu Amelia Christie yang dikatakan sedang bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad, mendedahkan momen awal perkenalan mereka.
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Selamat Bertunang? – ‘Mamu Kena Gari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Restu Sharnaaz & Amelia, Pesan Jaga Mamu Dengan Baik – ‘Sama Cantik Sama Hensem’
Kami ‘terkenal’
Menerusi siaran langsung di TikTok, aktres itu dilihat sedang mempromosikan produk minuman sambil berinteraksi dengan pengikutnya di ruangan komen.
Kemudian salah seorang pengikut meminta Amelia untuk berkongsi detik pertama kali berkenalan dengan pelakon berusia 38 tahun tersebut.
Kami ‘terkenal’, tuhan takdirkan kami berjumpa jadi kami berjumpa lah masa itu.
Kami jumpa ketika penggambaran. Itu sahaja tak ada apa-apa pun.
Kami kenal sebagai kawan dan kenal hati budi masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi..dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana.
Ketika disoal tentang keperibadian Sharnaaz, Amelia dengan ringkas menjawab aktor itu adalah seorang yang tegas.
Dia sangat tegas.
Terdahulu, setelah mendapat perhatian ramai ketika hadir bersama di Malam Gala Polis Evo 3, Sharnaaz dan Amelia mengakui mereka sedang berkenalan rapat.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 6.
@kicapsamball Awek mamu ? #sharnaazahmad #mamubaristabysharnaazahmad #amelialim #fyp #foryoupage
Sumber: TikTok