berita

[VIDEO] Amir Shafiq Didakwa Jaja Kisah Keluarga Demi Pinjam Duit, Shila & Syahir Tak Nak Ambil Tahu – ‘Dia Lelaki Boleh Buat Keputusan Sendiri’

November 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

shafiq hutang

Masih belum reda konflik keluarga penyanyi veteran Datuk ND Lala yang dililhat semakin mendapat perhatian ramai pihak.

Terbaharu, bekas isteri kepada Amir Syafiq iaitu Nurul Anis Waheeda tampil mendakwa bahawa Syafiq menggunakan kisah keluarganya dengan tujuan untuk meraih simpati supaya dapat meminjam wang.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Burnout, Tak Pasti Adakah Ini Keputusan Yang Tepat’ – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Shila Amzah Bongkar Gelang Hasil Titik Peluh Digadai & Dakwa Shafiq Pernah Curi Duit Bapa Siap Tiru ‘Sign’

‘Memang tak ambil tahu’

shafiq hutang

Ketika ditemui OhBulan! Shila dan Syahir menjawab tentang dakwaan berkenaan dengan menyatakan bahawa mereka berdua sama sekali tidak mengetahui tentang hal tersebut malah berpendapat Shafiq sudah cukup dewasa untuk mengambil sebarang tindakan.

Saya sebenarnya memang tak ambil tahu pun, apa-apa yang dia buat saya memang tak ambil tahu.

Dia lelaki dan berada diperingkat umur yang dia boleh buat keputusan sendiri jadi itu adalah haknya. Apa pun kesan adalah kepada dirinya sendiri.

Shila dan Syahir berkata demikian seusai selesai konsert minggu keempat Famili Duo 3 yang berlangung di Glenmarie, Shah Alam malam tadi.

Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata dia lebih percaya akan Syahir dalam membuat sebarang keputusan terutama hal yang melibatkan keluarga.

Apa-apa kemelut yang berlaku, tidak pernah saya melibatkan dia di dalam apa-apa keputusan penting untuk urusan keluarga walaupun dia anak lelaki sulung. Pada saya lebih baik Syahir.

Pendedahan bekas isteri Syafiq

shafiq hutang

Sebelum ini, menerusi Instagram Story (IG) Nurul Anis mendedahkan tangkap layar mesej perbualan antara Shafiq dengan seorang individu.

Apa ni? Sana sini masih nak meminjam, tolong la ada perasaan malu tu. Tanya pada diri sendiri kenapa kau jadi macam ini. Dekat sini point kau jadikan kakak kau pulak tempat kau meraih simpati mintak tolong.

Kau pergi cari kerja tetap, yang boleh dapat gaji bulanan untuk kau. Dulu boleh kerja promoter. Pergilah buat kerja halal dapat gaji bagi mak sikit, nafkah anak jangan lupa, baru berkat.

Harapnya orang-orang yang dia nak meminjam itu jangan terpedaya ya.

Untuk info, Famili Duo 3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

@ohbulanofficial

Tak setel2 lagi ek ? #ohbulan #sembangentertainment

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×