![[VIDEO] Anak 3 Tahun Dah Negatif, Giliran Ibu, Ayah, Atuk & Nenek Pula Positif Covid-19](https://media.ohbulan.com/2020/04/mangsa-positif-covid-19.jpg)

Wanita ini pernah berkongsi video sebak anaknya yang berusia 3 tahun menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid-19. Namun, anaknya telah dibebaskan dari tahanan wad selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya negatif Covid-19.
Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, dia berkongsi perkembangan terbaru dirinya. Dia bersama-sama ibu bapanya serta suami telah disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian swab. Mereka sekeluarga telah ditahan di Hospital Kluang, Johor untuk pemeriksaan lanjut dan dikuarantin.
Isteri, suami, ibu dan ayah positif Covid-19
https://twitter.com/intan_nurdiyana/status/1250323592576765952
Keadaan dalam wad dengan pesakit lain
https://twitter.com/intan_nurdiyana/status/1250324672983347201
Telah ditahan wad selama 12 hari

Menurut Intan, pada awalnya dia dan ayahnya sahaja yang disahkan positif Covid-19. Namun selepas swab ke dua dijalankan ke atas keluarganya, suami dan bapanya turut disahkan positif. Dia telah ditahan di wad hospital selama 12 hari.
Tiada simptom pada diri tapi positif

Pada mulanya, dia mengesyaki ayahnya batuk biasa kerana ayahnya merupakan perokok tegar, manakala dirinya tiada simptom pesakit Covid-19. Namun ujian swab yang dilakukan mendapati kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19.
Kawasan tempat tinggal zon merah

Menceritakan mengenai punca mereka sekeluarga positif Covid-19, dia mengatakan bahawa kawasan kejiranan tempat dia tinggal merupakan kawasan Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Johor. Di kawasannya sahaja telah lebih 170 kes positif Covid-19 direkodkan. Punca kluster wabak ini merebak ialah apabila ayahnya yang merupakan orang rewang di salah sebuah majlis di kampung itu.
Sumber: Intan Nurdiyana








