Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital. Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu.
Dia ingat nak pergi jalan-jalan
Sending my little boy to hospital today. My heart broke?. Aisy belum cormfirm lagi positive covid, result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ad show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan. PUI pic.twitter.com/BSbyvIqC45
— intan nurdiyana (@intan_nurdiyana) March 29, 2020
Suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Hal ini memaksa doktor untuk merujuk anaknya ke hospital. Menerusi video tersebut, anaknya kelihatan sihat dan ceria kerana tidak mengetahui bahawa dia bakal dibawa ke hospital.
Dibenarkan keluar hospital
Kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.
Semoga dipermudahkan
Rata-rata netizen mendoakan segalanya dipermudahkan. Penyampai radio terkenal Hamzah turut memberi kata-kata semangat kepanya.
Sumber: Intan Nurdiyana