Selepas empat tahun tidak menjejakkan kaki di Thailand, anak kepada pengasas kosmetik Allahyarham Faziani Rohban iaitu Irdina Hakim akhirnya mempunyai kekuatan untuk kembali ke negara tersebut.
Artikel Berkaitan: Anak Pengasas Kosmetik Terkenal Dilepaskan Tuduhan Ugut Bapa Tiri
Artikel Berkaitan: ‘Kebenaran Pasti Datang, Keadilan Pasti Menjelma’ – Luahan Anak Perempuan Pengasas Kosmetik
Selepas 4 tahun
Menerusi perkongsian di TikTok, Irdina berkata dia mengambil masa yang lama untuk kembali ke Thailand adalah disebabkan berasa trauma dengan kematian tragis yang menimpa arwah ibunya ketika berada di sana.
Selepas empat tahun mencari kekuatan diri untuk masuk Thailand dan akhirnya saya berjaya lakukan.
Kenapa saya tak kuat? Sebab kematian mommy yang misteri di Thailand membuatkan saya jadi trauma dan merindui dia yang teramat.
Sebab sejak umur saya tujuh atau lapan tahun macam tu selalu ikut mommy masuk Golok, Thailand untuk makan-makan dan kali terkahir saya pergi umur 16 tahun.
Dalam perkongsian sama, Irdina berkata banyak kenangan yang dicipta ketika dia dan arwah ibunya berkunjung ke Thailand termasuk ke beberapa gerai kegeraman arwah.
Setiap tempat di sini ada kenangan bersama arwah, Golok ialah tempat healing arwah kali terkahir sebelum dia meninggal.
Dia bawa telekung yang bernilai RM250 bagi kepada semua akak-akak yang jual kuih dan akak restoran kegemaran dia.
Mommy kali ini, kakak bawa tetamu jalan-jalan ke tempat kegemaran mommy. Setiap tempat yang lalu kakak akan ceritakan tentang mommy kepada mereka.
Allahyarham Faziani yang juga pengasas produk Dnars, meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.
Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.
Video
@dnarfaziani4 Mami ni tahap Queen dia di Golok sehingga satu Golok bersedih & buat tahlil untuk mami sewaktu pemergiannya,mami tetap no SYATUU di hati semua org?? #hebatdnars #dnarsselamanya ? ????????????????????? – AnAn (??????)
Sumber: TikTok