![[VIDEO] Anak Lahir 2 Bulan Selepas Tragedi, Isteri Kru MH370 ‘Hilang Sabar’ Netizen Suruh Hadapi Dengan Gelak Tawa](https://media.ohbulan.com/2023/06/befunky_2023-5-1_9-52-16.png)

Baru-baru ini, isteri kepada salah seorang kru penerbangan MH370 Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman menyelar lawak keterlaluan Jocelyn Chia yang tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Melawak Tak Pernah Sentuh Negara Jiran, Kau Buatlah Lawak Pasal Binatang’ – Didie Alias
Artikel Berkaitan: Anak Masih Menangis Rindu Ayah, Isteri KRU MH370 Selar Jenaka Pelawak Singapura – ‘Kamu Tidak Ada Perasaan’
‘Tak kelakar’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Intan Maizura sekali lagi menyelar tindakan seorang individu yang meninggalkan komen supaya keluarganya menghadapi tragedi tersebut dengan gelak tawa.
9 tahun dan selamanya akan menjadi trauma bagi setiap keluarga MH370 dan pastinya kepada anak-anak saya! Untuk mereka yang tidak dikenali dan yang tidak tahu apa yang saya alami sebenarnya, ini klip untuk anda.
Sudah 9 tahun sejak MH370 dan bukan sekali saya berkongsi perkara seperti ini serta saya tidak berniat untuk berkongsi secara terbuka. Hanya ahli keluarga atau kawan rapat sahaja yang tahu tentang setiap tangisan dan apa sahaja yang anak-anak saya terpaksa tanggung.
Menurut Intan, pada awalnya dia tidak mahu berkongsi tentang kesedihan yang lalui namun setelah muncul pelbagai komen dari individu-indiviu yang disifatkan tiada simpati maka dia terpaksa berbuat demikian.
Saya tidak nampak sebab mengapa saya perlu berkongsi dan saya tidak berminat untuk memperoleh apa-apa daripada itu. Bagi saya, hal ini sepatutnya menjadi privasi, dan harus dikendalikan secara peribadi.
Bagaimanapun isu ini benar-benar mencetuskan kemarahan dan kesedihan saya dan anak-anak. Sesetengah individu yang tidak masuk akal berfikir bahawa tragedi sebegitu hanyalah secebis tragedi atau sejarah yang boleh dijadikan sebagai satu komedi. Tidak, ia tidak kelakar! Sungguh menyedihkan dan keji!
Anak rindu

Susulan itu, Intan berkongsi sebuah video yang memaparkan anak lelakinya yang sedang menangis teresak-esak dipercayai selepas melihat video jenaka Jocelyn Chia.
Tetapi saya rasa orang ramai perlu melihat untuk mereka mempercayainya. Izinkan saya memperkenalkan anak saya, Muhammad. 9 tahun yang lalu, dia dilahirkan 2 bulan selepas kejadian MH370. Dia akhirnya melihat persembahan Jocelyn secara kebetulan di TikTok.
Adakah anda tahu bahawa anak-anak saya mempunyai hati? Mereka sangat merindui papa mereka.
Dia berkata, “Saya faham video itu, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan(respon)”
Dalam pada itu, Intan menegaskan agar semua semua pihak tidak lagi menggunakan tragedi tersebut sebagai bahan ketawa dan meminta agar dia serta keluarga diberikan ruang dalam menghadapi perkara ini.
Intan juga menafikan responnya itu semata-mata untuk meraih perhatian tetapi ianya dikongsikan untuk kesedaran semua.
Beri kami rehat! Kata-kata bodoh, gurauan tentang MH370 sangat menyinggung perasaan dan ianya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Seperti yang saya nyatakan, guna otak, tahan diri dari menyakiti orang. Perlu ada sifat kemanusiaan dan empati.
Penafian: Saya tidak menggunakan ini untuk meraih simpati, populariti atau perhatian tetapi untuk memberi kesedaran kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang menganggap segala-galanya adalah komedi! Ketahuilah bahawa ada hati seseorang yang anda hancurkan untuk kepentingan anda sendiri! Jangan sekali-kali ‘melepasi garisan’. JANGAN PERNAH!
https://www.tiktok.com/@intanmaizuraothaman/video/7242908306811997441
Sumber: TikTok








