berita

Video : Anak Lelaki Victoria & David Beckham Jadi Model Burberry

December 20th, 2012 | by Ai
Hollywood

Jika anda rasa diri anda sudah layak menjadi seorang model, bandingkan dulu diri anda dengan budak lelaki dalam video selepas ini.

Baru berusia 10 tahun, Romeo Beckham sudah pun mengorak langkah pertamanya apabila menjadi model iklan bagi jenama pakaian, Burberry.  Anak kepada David & Victoria Beckham ini sememangnya mempunyai bakat seperti ibu dan bapanya juga.

Melalui video berdurasi 34 saat yang baru dilancarkan 2 hari lepas, dapat kita lihat Romeo tampil memakai ‘trench coat’ lengkap berkasut kulit berjalan, kemudian menghalakan muncung payungnya kearah model dewasa.

Apa pun, Romeo kelihatan kacak bergaya walaupun umurnya baru berusia 10 tahun.

SKIP THIS AD ×