Keadaan tangan anak bongsu kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Ayash Affan tiba-tiba menjadi topik bualan wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Nampak Mata Talita ‘Berkaca’ Menyanyi Lagu Kesetiaan – ‘Suara Macam Arwah Ibu Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Layan Peminat Cilik Minta Autograph Di Kedai Makan, Siap Bagi Duit Raya – ‘Nanti Dah Berjaya, Bawa Benda Ini Datang Jumpa Aku’
Tangan Ayash
Menerusi hantaran di TikTok, Shuib berkongsi sepotong video memperlihatkan anaknya sedang bermain permainan menyusun abjad.
Dalam video berkenaan, Ayash dilihat menyusun beberapa huruf menggunakan tangan kiri lantas membuatkan netizen tertumpu kepada tangan sebelah kanan.
Menerusi pemerhatian netizen, mereka merasakan ada yang pelik dengan keadaan tangan kanan Ayash apabila dia hanya menggenggam tangannya.
Selain netizen merasakan tangan Ayash tidak aktif dan ada masalah otot, mereka turut menasihati Shuib untuk membawa anaknya pergi berurut cara tradisional sebagai ikhtiar.
Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.
Sementara itu, OhBulan! masih menunggu penjelasan daripada Shuib berhubung perkara tersebut.
Sekadar info, selain Ayash, perkahwinan Shuib dan isteri pertama Allahyarham penyanyi Siti Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, 13, Dzahira Talita, 11 dan Ariq Matin, 9.
Video
@shuibsepahtu Ayash Affan ?? Dah nak masok 3 tahun dah anak daddy dan Ibu ni.Semoga menjadi anak hebat,dunia dan akhirat. #ayashaffan ? Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Sumber: TikTok