Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui hantarannya di Instagram (IG), berkongsi keadaan terkini anak sulungnya, Siti Aafiyah, selepas terjatuh ketika main skuter.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Dapat Beli Rumah Pertama Di Dubai, Asyraf Khalid Jadikan Sebagai Pemangkin Semangat

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Jadi Penyampai Laporan Cuaca, Peminat Puji Sama Macam Pembaca Berita

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Di Gaza Rai Hari Lahir Saya’ – Siti Nurhaliza

Pembedahan berjalan lancar

Menerusi perkongsian itu, Aafiyah, 5, yang cedera di dagu terpaksa dikejarkan ke hospital, pada Sabtu.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti memaklumkan bahawa pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur berjalan dengan baik.

Selain itu, dalam rakaman tersebut, Tokti kelihatan sedang memujuk Aafiyah yang nampak ketakutan sebelum melakukan pembedahan.

Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk OT. Tengah pujuk Aafiyah.

Terima kasih doa

Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana ini turut memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa membatalkan kemunculan persembahan di saat akhir ekoran insiden yang berlaku.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza