berita

[VIDEO] Angkut Tong Gas Guna Basikal, Aksi Wanita Di Traffic Light Undang Cemas

August 4th, 2020 | by Ben Farid
Video Popular

Baru-baru ini viral satu video di laman Twitter memaparkan seorang wanita membawa tong gas di dalam raga dengan hanya menggunakan basikal. Insiden yang berlaku di Muar itu berjaya dirakam seorang lelaki yang sedang memberhentikan kenderaan di traffic light.

Kelihatan selamba

Video berdurasi 0:19 saat itu dikongsi salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Bang Bahi. Perkongsian tersebut mengundang rasa cemas apabila wanita itu nyaris merempuh sebuah kereta yang muncul di hadapannya.

Wanita itu kelihatan selamba mengayuh basikal dan hanya menggunakan kaki untuk memperlahankan basikalnya. Rakaman itu juga berjaya meraih lebih 92k tontonan, 5.9k retweets dan 4.3k likes oleh pengguna twitter.

Netizen cemas

Melalui ruangan komen, ternyata ramai cemas melihat aksi spontan tersebut dan ada juga yang terikut menjerit berhenti ketika wanita tersebut terus mengayuh basikal melanggar lampu merah traffic light ketika itu.

Ehh berhenti berhenti

Dengan dengan aku jerit

Sumber : Bang Bahi