Sempena sambutan perayaan Hari Natal, kebanyakan gedung beli belah akan mula dipenuhi dengan hiasan pokok-pokok Krismas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adakah Boleh Terima Bantuan Sedangkan Rumah Tak Masuk Air Banjir? Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Bermain Telefon Semasa Khutbah Solat Jumaat? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan
Penjelasan ustaz
@ceramah.ustaz33 Apakah hukum bergambar dengan pokok Krismas dan santa Clause #ustazazharidrus #uai #pokokkrismas #santaclause #halalharamdalamislam #kongsibersama #ilmuagama #reminderislamic #foryou
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum orang Islam mengambil gambar bersama pokok Krismas dan Santa Claus.
Menurut pendakwah itu, orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya meniru orang kafir kerana boleh menimbulkan salah sangka.
Pokok itu tidak haram, yang haram apabila kita hias pokok itu semasa sambutan perayaan Hari Natal sehingga ada yang menyangka rumah kita adalah rumah orang Kristian. Itu hukumanya haram.
‘Orang yang meniru sesuatu kaum, dia termasuk kaum itu.’
Maksudnya hadis tersebut adalah orang Islam yang meniru. Bukan semata-mata tiru tetapi jika orang yang tidak mengenali diri kita kemudian mereka menganggap kita adalah orang kafir, maka itu adalah haram.
Hanya bergambar
Walau bagaimanapun, tiada masalah untuk bergambar namun agama melarang meletakkan kepercayaan terhadapnya.
Kalau bergambar di pasaraya dengan anak dekat pokok itu, ianya tidak haram.
Tapi jangan memuliakan.
Ingat, setiap perayaan orang kafir kita kena beritikad (percaya) apa yang mereka buat adalah batil (tidak benar).
Sumber: TikTok