Dengan sekali lafaz, pempengaruh media sosial Aqil Zulkiflee kini bergelar suami kepada pilihan hatinya bernama Iliya.
Artikel Berkaitan: Aqil Mengaku Tak Pernah Bercinta, Mahu Jadikan Iliya Orang Pertama & Terakhir Dalam Hidup
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Ingat Aku Tak Tahu Rumah Kau Dekat Alor Setar? Nanti Polis Datang’ – Aqil Zulkiflee
Selamat pengantin baharu
Pasangan itu selamat bernikah pada Jumaat dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup.
Aqil menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 kepada Iliya.
Mereka juga kelihatan sama cantik dan padan dalam persalinan serba putih.
Sementara itu, Aqil menerusi perkongsian di TikTok miliknya berkata Iliya merupakan cinta pertama dan terakhinya.
Saya mengahwini kawan baik saya sendiri. Inilah cinta pertama dan terakhir hingga syurga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira selain menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baharu itu.
Pada Mac lalu, Aqil dan Iliya telah mengikat tali pertunangan.
Video
@ohbulanofficial YouTuber terkenal, Aqil Zulkiflee sah bernikah dengan pilihan hati serta memberikan mas kahwin sebanyak RM100 kepada Nur Iliyaa Jasmina Roslan. Tahniah diucapkan! ?? P/S: Adik2 dan fans jangan broken oke. Teruskan sapot Aqil berkarya! #ohbulan #aqilzulkiflee #nikah #nurilliyaajasmina #sembangentertainment ? suono originale – sophia ?
Sumber: TikTok