berita

[VIDEO] Ardell Aryana Selamat Timang Anak Kedua

July 25th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Ardell Aryana

Pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi Selasa secara normal di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Artikel Berkaitan:‘Dia Selalu Ada Dengan Saya’ – Nadzmi Adhwa ‘Surprise Birthday’ Isteri 10 Hari Awal. Siap Belikan Kereta Mewah!

Artikel Berkaitan:Nadzmi Adhwa Kagum Keikhlasan Ardell Dalam Bersedekah, Pernah Keluarkan RM10K Bantu Mangsa Banjir

Lahir secara normal

Menerusi hantaran di Instagram, Nadzmi Adhwa, 31 telah berkongsi berita gembira serta meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak kedua mereka.

Alhamdulillah… Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.

Terima kasih doa yang baik-baik daripada semua. Syukur alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat.

Bagaimanapun, jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.

Untuk rekod, Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwan Malaikha Urwa kini berusia 3 tahun.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ????? ??? ???? (@nadzmiadhwa)

Sumber: Nadzmi Adhwa

SKIP THIS AD ×