Pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud yang lebih mesra disapa Ogy mengimbau kembali momen terakhir sebelum arwah ibunya, Datin Saadiah pergi menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2005.
Artikel Berkaitan: Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Dilibas Tali Pinggang Dengan Arwah Ayah – ‘Saya Tipu Dia Tak Pergi Mengaji’
Nak makan masakan Ogy
@legasipodcastFauziah Ahmad Daud sujud pada kaki mak, cerita detik-detik terakhir sebelum Saadiah meninggal dunia di dalam Episod 08 Legasi; Sembang, Sambung! Episod baru kali ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. #LegasiPodcast #FYP #FauziahAhmadDaud #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy? original sound – Legasi Podcast
Menerusi perkongsian di sesi podcast ‘Legasi Podcast’ kendalian Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh, Ogy memaklumkan arwah ibu meminta agar dirinya memasakkan juadah nasi goreng sardin dua hari sebelum ‘pergi’.
Saya ingat lagi dua hari sebelum arwah meninggal dia kata, ‘Fauziah, masakkan mak. Nasi goreng sardin Fauziah sedap’.
Saya tak cakap banyak turun bawah masak kemudian bawa naik atas terus cakap, ‘Mak, Fauziah suapkan mak lepas itu mak pula suapkan Fauziah ya’.
Jadi kami pun suap-menyuap dan saya pun cakap, ‘Mak, tolong jangan tinggalkan Fauziah’. Mak tanya, ‘Kenapa?’.
Saya cakap, ‘Fauziah tiada siapa-siapa. Fauziah nak mak’.
Saya memang tak nak ‘lepaskan’ dia sebab saya tahu saya akan ‘broken’ kalau Saadiah (mak) pergi.
Ayah tengah ‘tunggu’
Sewaktu mereka sedang suap-menyuap, arwah Saadiah memaklumkan kepada Ogy bahawa dia mahu ‘balik’, kerana arwah suaminya sedang ‘menunggu’ sambil memegang erat tangan anaknya itu.
Kemudian dia pegang tangan saya dan berkata, ‘Fauziah, ingat bahawa Allah akan jaga. Mak kena ‘balik’, ayah tunggu.’
Bila mak cakap macam itu, saya terus sujud pada kaki dia dan tak nak lepaskan.
Esoknya itu, dia ‘pergi’ dalam keadaan berpuasa dan nasi goreng masakan saya itu adalah makanan terakhir yang arwah makan.
Tambah Ogy, dia begitu terkesan dan seakan tidak percaya selepas mendapat berita mengenai pemergian arwah ibunya pada ketika itu.
Waktu saya dapat berita itu dan dalam perjalanan nak ke arwah mak, jalan pula sesak. Saya rasa macam nak lari keluar dari kereta ke Melawati nak ‘kejut’ arwah mak sebab macam tak percaya.
Sampai macam itu sekali saya waktu itu.
Sekadar info, Datin Saadiah atau nama sebenarnya Hajah Satya Baharom menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.
Sumber: TikTok, YouTube LegasiPodcast