Tular semula sebuah video yang memaparkan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raisudin bersama suaminya yang juga pelawak terkenal, Shuib sedang berbincang tentang masa depan anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’
Artikel Berkaitan: Shuib Rakam Kembali Momen Di Jabal Rahmah Dengan Watie, Imbau Kenangan Bersama Arwah Siti Sarah – ‘Saksi Pertemuan Dua Cinta’
Hasrat Siti Sarah
@siskepoh Seorang ayah x kan mampu katakan tidak utk hal2 berkaitan minat anak2.. ?? #talitashuib #anakshuib #talita #sitisarah #talitanyanyi #shuib #sitisarahraisuddin
Menerusi video tersebut, Shuib bertanya kepada Siti Sarah apa yang akan dilakukannya jika anak mereka mahu bergelar penyanyi.
Menurut Siti Sarah, perkara pertama yang akan dilakukan adalah menghantar anaknya ke kelas vokal.
Saya akan suruh dia pergi kelas vokal, saya akan suruh dia belajar vokal dulu.
Saya tak halang apa sahaja yang dia nak buat, saya akan menyokong dia. Tapi ianya berbalik kepada keizinan awak juga.
Bagaimanapun, Shuib berasa kurang senang jika anak-anaknya mahu menjadi selebriti.
Tapi kalau awak tanya saya, Wallahualam.
Saya tak mahu anak saya jadi artis, susah jadi perhatian orang.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat Shuib mungkin sudah berubah fikiran kerana mahu menunaikan hasrat arwah isterinya selain sebagai pengubat rindu apabila melihat anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra bernyanyi.
Dalam masa yang sama, mereka juga mencadangkan kepada pelawak berusia 40 tahun tersebut menghantar Talita ke kelas vokal.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya yang berjudul Kesetiaan.
Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumber: TikTok