Penyanyi As’ad Motawh sekali lagi menyorot perhatian warganet, kali ini dengan cara dia bersedekah.
Artikel Berkaitan: As’ad Motawh Kongsi ‘Jatuh Bangun’ Sebelum Jadi Penyanyi & ‘Businessman’, Sekarang Dah Mampu Beli 2 Kereta Mewah & Bawa ‘Family’ Tunai Umrah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] As’ad Motawh Dedah Pernah Makan Sisa Makanan Orang & Tak Mampu Beli Deodoran – ‘Saya Guna Sabun Cuci Tangan Letak Di Ketiak’
Sedekah cara As’ad
@asadmotawhhh
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Asad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh dilihat sedang meletakkan wang kertas di dalam beberapa produk susu untuk kanak-kanak.
Difahamkan tindakan penyanyi berusia 23 tahun tersebut adalah untuk bersedekah bagi meringankan beban ibu bapa yang berada di dalam kesusahan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha pelantun lagu Senyum itu untuk membantu golongan yang memerlukan.
Semoga Allah membalas kebaikan As’ad.
InsyaAllah, perkara yang baik kita sebarkan. Semoga menjadi inspirasi untuk influencer di luar sana.
Terbaik As’ad kongsi rezeki, semoga berjaya dunia akhirat.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang mencadangkan supaya As’ad memilih jenama produk susu yang murah untuk meletakkan wang.
Patut letak dekat susu paling murah. Ini cadangan saya, sebab susu mahal ini untuk T20.
Cuba letak dekat susu yang murah, ia akan lebih membantu ramai orang. Awak boleh tengok tanda harga dekat situ.
Letak dekat susu mahal jawabnya dapatnya dekat orang yang berkemampuan.
Sumber: TikTok As’ad Mowtah