Usahawan terkenal Asyraf Khalid menjadikan pereka fesyen terkenal Rizman Nordin sebagai teladan yang baik untuk dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rutin Pagi Rizman Nordin Beri Inspirasi Kepada Netizen – ‘Saya Mulakan Dengan Solat Taubat & Solat Tahajud’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sifatkan Asyraf Khalid Rendah Diri, Tak Dedah Harga Barangan Mewah Ketika ‘House Tour’
Rizman beri inspirasi
@tunasyrafkhalid On our previous episode, we celebrated our 20th episode, and did a recap session on what we learned or what moved us during our previous 10 episodes. Catch the full episode on @apaceritamy YT. Special thanks to @Leona ? for being our host for this episode.
Menerusi podcast Apa Cerita?, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid itu memberitahu bahawa episod bersama Rizman merupakan antara yang memberi impak dan inspirasi kepadanya.
Menurut Asyraf, dia pernah melakukan rutin yang sama seperti Rizman sehinggalah dia berpindah yang menyebabkan dia jarang ke masjid.
Semasa saya baru sahaja memulakan perniagaan Mutyara, saya selalu solat subuh dan solat tahajud di masjid.
Kemudian berlaku pandemik Covid-19 dan ketika itu saya di Cyberjaya sebelum berpindah yang menyebabkan saya tidak ke masjid.
Selepas pandemik, saya solat subuh dan bangun sekali-sekala untuk tahajud di rumah tapi saya sudah jarang ke masjid lagi.
Bertitik tolak daripada perkongsian Rizman, usahawan berusia 32 tahun tersebut sudah memulakan semula rutin dan ibadahnya. Paling tersentuh adalah apabila anak sulungnya, Ariff Jiwa turut melakukan perkara yang sama.
Alhamdulillah, saya dah mula rutin itu dalam hidup saya.
Bila anak lelaki saya tahu saya nak pergi subuh di masjid, dia pun nak ikut juga. Jadi sekarang ini setiap pagi saya akan bawa dia pergi solat subuh. Itu adalah memori juga untuk dia.
Pagi tadi saya berjumpa dengan Alif Satar di masjid yang sama. Alif derma menggunakan QR, kemudian anak saya ambil duitnya sendiri RM3 dan masuk dalam tabung.
Ini semua tercetus daripada episod bersama Rizman. Lepas saya buat ini, banyak sangat benda Allah bagi pada saya. Saya harap saya dapat lakukannya secara berterusan.
Dalam masa yang sama, kisah hidup pereka fesyen yang penuh bermakna itu telah menyebabkan Asyraf amat mengagumi kejayaan yang dimiliki oleh Rizman.
Dia dapat banyak sangat kejayaan walaupun saya tahu mesti cabarannya juga banyak.
Tapi dia sangat yakin sebab dia tahu Allah ada dengannya. Dia bukan hanya berjaya di Malaysia, tapi dia dah sampai ke antarabangsa.
Terdahulu, menerusi podcast tersebut Rizman berkongsi bahawa dia sering memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana percaya ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
Sumber: TikTok Asyraf Khalid