Selepas mencipta fenomena dalam industri muzik Malaysia, penyanyi rap Kidd Santhe dan Saixse muncul dengan lagu baharu hasil kolabrasi bersama berjudul ‘Mantap Cuy’.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Sombong, Tapi ‘Introvert’ Sebenarnya’ – Saixse
Artikel Berkaitan: Muzik Video ‘Malam Pagi’ Didakwa Berunsur Lucah, Nadhir Nasar Respon – ‘Itu Adalah Realiti Sebenar’
‘Mantap Cuy’
Lebih mengujakan lagi, gabungan ini turut menampilkan YouTuber popular Indonesia iaitu Atta Halilintar.
Selaku penerbit, Kidd Santhe berkata lagu ‘Mantap Cuy’ dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai yang berdepan dengan cabaran hidup.
‘Mantap Cuy’ meraikan bukan sahaja kemenangan besar, tetapi juga kemenangan kecil dalam hidup. Walaupun berdepan dengan sebarang halangan, lagu ini memberi inspirasi untuk kami belajar mengambil cabaran itu dengan positif.
‘Mantap Cuy’ adalah gabungan slang Malaysia dan Indonesia untuk menangkap semangat dan keterujaan tentang sesuatu, sama seperti menyebut “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam Bahasa Inggeris.
Kidd Santhe dan Saixse bukan sahaja menggubah ‘Mantap Cuy’ bersama, malah mereka turut berkolabrasi menghasilkan lirik bersama Atta Halilintar.
Projek ini juga menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.
Sementara itu, Saixse akui teruja ketika menjalani penggambaran muzik video lagu tersebut di Indonesia sekali gus menjadi pengalaman pertamanya ‘shooting’ di luar negara.
Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia merupakan pengalaman yang luar biasa bagi saya.
Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat
Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.
Atta say yes!
Dalam pada itu, Atta Halilintar berkata dia tidak berfikir panjang dan terus bersetuju apabila dilamar oleh Kidd Santhe untuk berkolabrasi bersama.
Saya sudah lama minat budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ yang juga trending di Indonesia!
Jadi apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya terus kata ‘yes’!
Saya sangat teruja untuk peluang menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, di samping dua yang terbaik dalam industri.
‘Mantap Cuy’ sudah mula diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 26 April lalu.
Video muzik rasmi pula boleh disaksikan secara eksklusif di halaman YouTube Kidd Santhe.