berita

Video Parodi Atuk Lebih Havoc Dari Jinnyboy TV

December 4th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-12-04 at 12.05.14 PM

Jika dulu, bila radio mainkan lagu Havoc, kami pasti akan ikut nyanyi sekali kerana liriknya yang catchy telah membuatkan kami tidak segan silu untuk goyang sama.

Artikel berkaitan : Lagu Baru Joe Flizzow, Carto No 1 iTunes Malaysia

Namun, selepas sebuah lagu parody berjudul Atuk dikeluarkan di corong radio, segalanya sudah berubah. Apa yang pasti, lagu yang dinyanyikan oleh Jinnyboy TV ini telah membuatkan kami tertawa sendirian.

Screen Shot 2013-12-04 at 11.45.12 AM

Kolaborasi pertama Joe Flizzow bersama Jinnyboy Tv

Menerusi MV yang dimuatnaik di laman Youtube semalam, Jinnyboy TV telah memaparkan sikap Atuk yang mempunyai tabiat nakal, dimana Atuk yang sudah lanjut usia dilihat menjalani kehidupan seperti orang muda.

Setakat ini, kami merasakan MV ini mampu membuatkan penonton tidak kering gusi apabila melihat gelagat Atuk yang dilakonkan oleh Ean Nasrun manakala aksi rapper dibawa khas oleh Jin Lim.

Apa yang pasti, rata-rata penonton telah memberikan komen-komen positif tatkala menonton MV Atuk yang penuh dengan adengan lucu ini.

Screen Shot 2013-12-04 at 11.48.52 AMAntara komen penonton MV Atuk

Sebagai tambahan, Altimet turut muncul dalam MV ini bersama dengan rapper terkenal, Joe Flizzow.

Apa-apa pun, mari layan muzik video Atuk selepas ini. Atuk atuk atuk atuk yawww!

SKIP THIS AD ×