Usahawan jelita, Madammu menitipkan nasihat buat setiap wanita di luar sana untuk memiliki kewangan yang stabil tanpa bergantung kepada orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Apalah Kalau Gemuk, Bukan Senang Nak Dapatkan Seorang Anak’ – Madammu Korban RM400,000 Demi Zuriat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Membazir Itu Amalan Siapa?’ – Netizen Persoal Madammu Beli Semua ‘Seat’ Pawagam Sebab Introvert
Nasihat buat wanita
@shalizanoir22no16370 Pilih kasih tu biasa.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menegaskan bahawa kaum Hawa perlu mempunyai kewangan sendiri bagi memudahkan urusan kehidupan mereka.
Orang perempuan kena ada duit, macam mana pun duit memainkan peranan yang penting.
Makan hati ada duit lain dengan makan hati tak ada duit.
Menurut Madammu, kelazimannya apabila seseorang itu mempunyai kehidupan yang mewah, mereka akan dipandang tinggi dan dihormati dalam masyarakat.
Awak ada duit dan kedudukan, orang tak akan buli awak.
Paling mudah kita tengok kalau balik kampung, selalunya yang ada duit itu akan dipuja-puja. Yang tak ada duit dan susah itulah kena basuh piring, tidur dekat luar, tidur atas toto, masak dan hidang makanan.
Yang ada duit tidur dalam bilik atas katil ada pendingin hawa, tunggu makanan siap. Daripada situ pun kita dah boleh tengok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Madammu malah mereka juga pernah mengalami situasi yang sama.
Betul tu, tak ada duit asyik kena perli je.
Saya dulu tak ada duit selalu dihina, sekarang Alhamdulillah.
Betul, lumrah dunia.
Sumber: TikTok