berita

Video : Awal & Scha Rakam Detik Romantis Untuk Peminat

August 6th, 2013 | by Ai
Video Popular

SchAwal 7

Selamat hari jadi diucapkan buat pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32 hari ini.

Melalui laman Facebook rasmi SchAwal semalam, pasangan ini telah berkongsi sebuah video menarik sekitar sambutan ulangtahun kelahiran Awal, di mana melalui paparan video berdurasi 3.57, pasangan ini kelihatan sungguh comel dan romantis.

Birthday Awal

SchAwal 6

Dalam pada itu, menerusi video tersebut, Scha turut mengambil peluang yang ada untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua peminat SchAwal dan dia berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Itulah sahaja perkongsian SchAwal untuk anda semua. Diharapkan anda semua doakan banyak-banyak yang baik kepada saya dan Awal.

Saya juga nak ambil kesempatan ini untuk megucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Bagaimanapun, untuk semua peminat Awal dan Scha, jom layan video serta foto-foto romantis mereka selepas ini. Enjoice!

Kredit video & foto : Facebook SchAwal & Instagram Scha

SKIP THIS AD ×