berita

[Video] ‘Ayah Tukang Sapu, Ayah Dah Meninggal’ – Apabila Ditanya Pasal Ayah, Jawapan Kanak-Kanak Ini Sebak

August 28th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

‘Ayah’ seringkali dianggap sebagai hero bagi anak-anak mereka. Insan ini sememangnya mempunyai jiwa yang besar dan seringkali menghabiskan kudrat demi mencari sesuap nasi untuk orang tersayang.

Perkongsian selebriti terkenal tanah air Datuk Aznil Nawawi atau Paknil di laman Instagramnya baru-baru ini pastinya meruntun hati mana-mana insan yang menontonnya. Mana tidaknya, jawapan seorang kanak-kanak ini tidak disangka sama kali malah turut membuatkan Paknil menitiskan air mata.

Sedap Rahmat menyanyi

https://www.instagram.com/p/B1jI63oAMQl/

Video berdurasi 07:15 saat itu memaparkan misi Paknil memberikan motivasi kepada kanak-kanak sekolah dalam siri jelajah Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di Sabah.

Di awal video kelihatan seorang kanak-kanak yang bernama Rahmat Musli menyerlahkan kebolehannya menyanyi di hadapan rakan-rakan serta guru-gurunya.

Kelunakan suara Rahmat itu berjaya mendapat perhatian guru-gurunya yang turut mengakui bakat yang dimiliki kanak-kanak itu.

Ayah tukang sapu, dah meninggal

Bagaimanapun di pertengahan video, kanak-kanak itu dilihat ditemu ramah oleh Paknil dan ditanyakan beberapa soalan.

Suasana ketika itu menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihat apabila kanak-kanak itu memberitahu bahawa ayahnya bekerja sebagai tukang sapu, malah sudah meninggal dunia.

Ayah kerja apa? Ayah tukang sapu Paknil.

Ayah ada lagi ke tak? Ayah dah meninggal Paknil.

Jawapan yang diberikan Rahmat itu dilihat mengejutkan Paknil yang kemudiannya dipeluk kanak-kanak itu untuk memberikan semangat.

Viral di Twitter

Potongan video yang memaparkan temu bual adik itu bersama Paknil turut viral di laman Twitter.

Perkongsian yang dibuat mdsyahmir membuatkan warga Twitter bersimpati dengan nasib yang menimpa adik itu.

Cekalnya adik ni

Rata-rata netizen menyifatkan Rahmat sebagai seorang anak yang cekal dan berani.

Malah tidak kurang juga ramai yang mendoakan supaya kanak-kanak ini dilindungi oleh Allah dan menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti.

Sumber: Instagram Aznil Hj Nawawi, Twitter mdsyahmir

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×