berita

[VIDEO] Ayash Affan Akhirnya Dibenarkan Pulang, Semua Teruja Nak Pegang Baby

September 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Siti Sarah Raisuddin

Semalam, anak bongsu kepada pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan sudah pulang ke rumah. Kepulangan Ayash Affan disambut oleh adik beradiknya yang begitu teruja menanti kepulangannya. Shuib menjelaskan Ayash Affan mempunyai iras seperti wajahnya.

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Anak Bongsu Shuib Pulang Ke Rumah – ‘Mereka Nampak Happy Sangat Bila Dapat Tengok Ayash Depan Mata…’

Artikel Berkaitan: ‘Sehari Sebelum Hari Lahir Arwah Siti Sarah, Ayash Affan Keluar Dari Hospital’ – Shuib

Artikel Berkaitan: ‘Muka Ayash Affan Macam Daddy Lah Ibu, Memang Special Sangat Hadiah Dari Ibu’ – Shuib

‘Alhamdulilah syukur’

Foto: Shuib Sepahtu

Terbaru, Shuib menerusi saluran YouTube miliknya berkongsi momen-momen kepulangan anak bongsunya ke rumah mereka. Menerusi video tersebut, kepulangan Ayash Affan disambut dengan alunan selawat dan ahli keluarga yang lain sudah menanti dengan penuh sabar.

Nak tengok budak-budak excited Uwais, Talita, dan Matin. Tengok budak-budak ni menjerit diorang.

Shuib ketika itu, sama sekali tidak ‘kekok’ mendukung anaknya sebelum meletakkan anak bongsunya ke dalam baby coat. Pelawak ini pada masa yang sama, turut mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah isterinya.

Alhamdulilah. Hadiah Hari Jadi Ibu, daripada ibu. Selamat Hari Jadi Ibu. Al-Fatihah.

Video penuh:

 

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×