Pelawak dan penyampai radio, Azad Jasmin menghadiahkan ibu angkatnya yang dikenali sebagai Salmah, sebuah kerusi roda elektronik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iera Syazira Imbau Momen Pak Azad Nak Pinjam RM500 Masa ‘Couple’ – ‘Dia Kata Nak Bayar Rumah Sewa Mak’
Artikel Berkaitan: Azad Jasmin Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Gara-Gara Emas
Hadiah istimewa
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azad atau nama lengkapnya Azad Jasmin John Louis Jefri, membuat kejutan kepada ibu angkatnya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Sekarang, saya nak bagi hadiah dekat mak angkat saya dan nak bagi dia bergerak sendiri.
Ini hadiah untuk mak, nak bawa pergi mana-mana pun tak ada masalah.
Dalam masa yang sama, Salmah tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Azad kerana pemberian yang bermakna itu.
Terima kasih banyak-banyak Azad.
Azad kemudian membawa ibu angkatnya mencuba menaiki kerusi roda tersebut di sekitar hospital.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dan sebak melihat keprihatinan pelawak berusia 48 tahun tersebut terhadap ibu angkatnya.
Mereka juga memuji keikhlasan hatinya yang berniat untuk memudahkan pergerakan Salmah.
Sumber: IG Azad Jasmin