Hubungan baik antara pelakon Zarina Zainuddin bersama isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, antara yang mendapat perhatian warganet sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Kongsi Foto Laksa, Mi Kari & Laicikang, Bergenang Air Mata Curi Perhatian?
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dihujani Kata-Kata Semangat Daripada Netizen – ‘Satu Malaysia Kecam Dia, Dia Diam Sahaja’
Wanita idaman Azal
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin bertanya tentang ciri-ciri calon isteri anak kepada aktres tersebut iaitu, Azal.
Azal kemudian memberitahu kepada Ira tentang kriteria yang perlu ada pada wanita idamannya.
Saya baru cari calon. Saya nak yang ‘freehair’ sebab saya suka yang rambut panjang. Rasanya saya suka yang berwajah Asia Selatan.
Dalam pada itu, di bahagian kapsyen hantaran tersebut Zarina berkata, video berkenaan adalah sekadar konten semata-mata selain turut mendoakan agar Ira tabah menjalani setiap ujian.
Suka Azal kalau bersembang dengan adik cantik manis Ira. Korang jangan la nak kecam kecam, ni konten sahaja.
Untuk adik kakak Ira, kakak doakan adik akan sentiasa kuat menjalani kehidupan seterusnya.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan perceraian terhadap Ira.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: IG Zarina Zainuddin