Personaliti media sosial, Azfar Heri menafikan dakwaan bahawa dirinya menumpang populariti rakan-rakan artis.
Artikel Berkaitan: Azfar Heri Minta Maaf Tak Fikir Panjang, Sedang Semak Kesahihan Pramugari Kena Tindakan Tatatertib
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak
Disenangi ramai orang
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan! Azfar menjelaskan bahawa sikapnya yang mudah didekati menjadi sebab mengapa dia disenangi ramai termasuk rakan-rakan selebriti.
Saya ni sejenis yang easy going, suka berkawan, dan saya ni memang extrovert. Macam yang saya kenal memang saya akan bergurau, berborak dan saya tak ada pun nak ‘mencapap’ atau menumpang populariti mereka.
Azfar juga menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah berniat buruk semasa menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka.
Saya rasa saya pun dah ada nama sendiri, jadi kami berkawan sahaja dan tak ada niat lain. Kalau ada niat lain pun orang lain sendiri boleh nampak.
Kalau orang tu tahu yang saya ni nak menumpang populariti, sudah tentu mereka mesti akan lari.
Dalam pada itu, Azfar turut meluahkan rasa teruja apabila tercalon di dalam kategori Beauty & Fashion Creator Of The Year untuk TikTok Awards 2024.
Gembira dan tak sangka sebab tahun lepas datang sebagai penyokong tapi kali ini sebagai peserta.
Bercerita tentang fesyen, pempengaruh berusia 26 tahun itu berkata dia banyak mengambil inspirasi daripada media sosial.
Sebenarnya, banyak tengok sekeliling lah seperti di media sosial. Kadang-Kadang kita tengok cantik kemudian kita reka sendiri gaya itu dan letakkan kita punya sentuhan sendiri.
Macam saya memang selalu ‘mix and match’ dan inspirasi tu memang datang daripada media sosial juga.
TikTok Awards tahun ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’. Anda boleh mengundi Di SINI bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.