Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum lelaki memakai tudung biarpun bertujuan berniaga adalah haram.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sikap Pembeli Gigih Beratur Sehari Awal Demi Makanan – ‘Cerdik Ka Bod**?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli
Allah laknat
Menerusi perkongsian video di TikTok, Azhar berkata Allah akan melaknat perbuatan tersebut kerana melanggar hukum syarak.
Jelasnya lagi, sekiranya peniaga mahu menjual tudung jenama mereka, seeloknya digayakan pada patung.
Apakah hukum lelaki pakai tudung perempuan untuk berniaga? Hukumnya haram.
Allah laknat mereka (lelaki) pakai pakaian untuk perempuan, tak boleh. Pakaikan pada patung.
Tak usah pakai pada lelaki, awak lelaki buat apa pakai tudung.
Bagaimanapun, Azhar menjelaskan ada beberapa situasi darurat yang membenarkan lelaki memakai pakaian wanita.
Yang boleh adalah ketika darurat. Orang lelaki kena rompak, kena samun shingga telanjang bogel. Semua pakaian dan seluar dalam diambil.
Kemudian dia jalan jumpa baju perempuan dan pakai, hukum pakai ketika itu tidak haram. Walaupun ia baju perempuan. Tujuan untuk tutup aurat.
Terdahulu, kecoh di laman TikTok apabila beberapa peniaga lelaki dilihat memakai tudung yang dijual mereka bagi mempromosikan perniagaan sendiri.
Rata-rata netizen turut menyelar tindakan peniaga tersebut dan menganggap perbuatan itu sudah melanggar hukum syarak dalam Islam.
Video
@benny_x Replying to @misssya_nss akhir zaman perkara dosa dianggap biasa. Ustaz Azhar Idrus menjawab hukum lelaki pakai tudung walaupun untuk berniaga. Tujuan tudung untuk menutup dada/aurat. Ada akta syariah lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai lelaki. #uai #ustazazharidrus #ceramahislam #lelakipakaitudungviral #tudungmagneticlelaki #nisaai #kedaidady #ariffimran #sillahijab #yusfariq #hijabmagnet #thejasmine #manjahhh #tudungtutorial #hijabtutorial ? original sound – Alissa PMW
Sumber: TikTok